Siapa sahaja yang pernah merasakan semuanya tahulah betapa peritnya
yang menyakitkan sukar untuk dilupakan. Bak kata pepatah “sakit yang
paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak dibalas”, namun
yang menjadi persoalan kenapa kita membenci seseorang itu tapi
merindukannya pada masa yang sama? Bagaikan dunia ini kita hanya
keseorangan begitu sempitnya kita kena melaluinya.
Orang yang paling boleh menyakitkan kita hanyalah si dia yang kita
cintai. Ramai beranggapan mudah untuk mencari pengganti baru di hati
kita namun itu semua perkara yang paling susah untuk kita lakukan kerana
cinta tidak semudah untuk dicari dan ia wujud dengan sendiri.
Sesetengah orang hilang kewarasan dalam berfikir. Hilang semangat juang.
Malah ada di antara kita mengambil jalan mudah untuk melupakan semua
itu dengan sanggup membunuh diri. Seperti kata orang “dunia akan
terkejut apabila seseorang itu membunuh diri kerana kematian
ibunya,tetapi tidak terkejut akan kematian seseorang itu kerana membunuh
diri akibat putus cinta”. Oleh itu, ramai orang membunuh diri akibat
cinta tidak kesampaian.
Inilah akibat cinta nafsu. Selain itu, kesan ini juga kerana ada
pasangan kekasih yang sanggup mengorbankan mahkota kehormatan demi insan
yang menjanjikan sehidup semati dengan mereka. Namun mereka
ditinggalkan dengan kejam tanpa ada yang bertanggungjawab atas
keterlanjuran mereka. Ketahuilah bahawa seseorang yang pernah gagal
dalam percintaan,berkemungkinan dia akan melihat kebahagiaan di laksana
pelangi. Tidak pernah di mindanya memikirkan tentang dirinya tetapi di
mindanya sentiasa ada si dia.
Putus cinta adalah bukti tiada bukti cinta sejati kecuali cinta yang
diasakan oleh cinta Allah. Mungkin perpisahan ini terjadi berpunca pihak
disana atau pihak disini? Mungkin tidak mendapat restu orang tua?
Mungkin kehadiran orang ketiga? Pelbagai alasan diberikan. Putus cinta
bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah permulaan yang baik dalam
hidup kita menangani dengan positif. Janganlah merasakan diri begitu
malang kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Tetapi percayalah kita
tetap ada Allah yang tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun.
Anggap sahaja semua ini satu pengajaran dalam hidup kita untuk kita
teruskan perjalanan hidup. Kehidupan adalah satu pergiliran antara
senang dan susah yang berterusan

No comments:
Post a Comment