Animated Dragonica Star Glove Pointer

Saturday, March 10

Cinta ♥


CINTA,
setiap insan mempunyai definisi yang berbeza tentang kronologi cinta mereka..cinta bagi aq membawa maksud perasaan yang tulus dari hati~kasih,sayang,rindu,keinginan memiliki&dimiliki,bersama-sama,berkongsi suka-duka,prihatin dan yang sewaktu dengannya~

CINTA  DITAKDIRKAN UNTUK KITA MILIKI
kita sungguh bertuah dianugerahkan perasaan cinta ini.merasainya,kerana ALLAH MAHA MEMAHAMI..ALLAH ciptakan manusia dengan tiada cacat celanya...kadangkala ada sesetengah manusia,ego dengan perasaan sendiri..dahulu,dia adalah sang pencinta,apabila dia dilukai,maka dia mula membenci perasaan cinta itu..padahal ALLAH hanya memberi sedikit dugaan untuk dia mendewasakan diri menempuh cinta yang ditakdirkan...namun tatkala cinta yang ditakdirkan datang menjengah,dia mula gelisah,risau dan lupa akan ikrar egonya terhadap cinta...MAKAnya,jangan berkata tidak kepada cinta yang sememangya telah ditakdirkan untuk kita miliki..

CINTA tak semestinya terungkap oleh kata-kata..tanpa perlu berbicara, hati akan dapat merasai getaran itu..cinta yang ditakdirkan.walau terpisah jauh,ia sendiri akan mendatangi kita bila waktu dan keadaan mengizinkan..kerana masa telah diaturkan dengan sempurna sekali...


No comments:

Post a Comment