Animated Dragonica Star Glove Pointer

Saturday, September 13

Luahan Jiwa



Assalamualaikum semua.hehe..saya cuma nak berkongsi cerita sahaja.bulan ni stress sangat.sebab buat Folio Akaun.maklum lah,saya baru masuk form 4,jadi baru lah mencuba membuat folio ni.Tugasan tahun ni membekalkan telefon bimbit dan aksesories.

Nampak mcm best kan nak buka sebuah perniagaan,tapi sebenarnya susah.SPM tahun depan saya akan target Prinsip Perakaunan saya A++.Aminn...harap dapat jadi Akauntan suatu hari nanti..

kedai yang akan saya buka untuk membuat folio ni ialah Zaiti Mobile Accessories.cawangan di Kota Bharu,Kelantan.Harap suatu hari nanti tertunai impian saya ini.Aminnn..hehe..sesiapa nak beli telefon bimbit boleh lah pergi kedai saya kan..InsyaAllah.

Thursday, July 17

Sukan Tahunan Kami !

#ThrowBack sukan tahunan di Smk Bandar Tasik Selatan.Bersama kawan-kawan yang TerBaik yang pernah ku bersama..Walaupun kami semua berlainan kelas tetapi ia tak menjejaskan persahabatan kami.Okeyh,mari kita tengok gambar manis yang sye lalui..hehe.. GO Merah ! Yeahh !

sye bersama Faizatun,kawan yang memahami diriku ketika diriku berada di dalam kesusahan.


 Dari kiri Kelvin kwn adikku,Zaieful Danial adikku dan sye..

 yang ni pula adik angkatku nama dia Daniel.
.



Semua ni kawan-kawanku di SMK Bandar Tasik Selatan,dengan mereka semua lah diriku berkongsi gelak tawa,sedih pilu dan sakit derita.


Thursday, June 19

Pengalaman sekian lama

Assalamualaikum,sudah lama rasanya saya tidak menulis cerita dekat blog saya.Pelbagai ujian yang saya lalui selama bertahun-tahun.Saya redha dan sahut cabaran yang diberikan oleh Allah SWT.Alhamdulillah saya diberikan peluang yang tak ternilai untuk masih hidup di bumi yang bertuah dengan kuasa Allah.

Setiap tahun ada sahaja kenangan pahit dan manis saya lalui.Tetapi kenangan itu lah banyak memberikan saya semangat untuk terus bangkit dari pelbagai ujian hidup.Kasih sayang saya terhadap keluarga tidak pernah berkurang sama sekali dan kasih sayang saya dengan kawan-kawan saya pun begitu.In shaa Allah saya akan kekalkan kesetiaan persahabatan kita hanya ajal dan maut sahaja yang boleh memisahkan persahabatan kita.Cinta akan Allah juga saya tidak akan lupakan.

Saya berharap jika kawan-kawan saya membaca blog saya,pun juga begitu apa yang saya harapkan.Kekalan persahabatan kita.Perubahan pada diri saya bukan bermakna saya melupakan kisah kita.Saya cuma ingin dekatkan lagi diri saya dengan Allah SWT.Selama ini saya banyak membuat perkara yang melalaikan diri saya.Saya lupakan segala nikmat hidup di dunia ini adalah penting dan bermakna.Keluarga & sahabat saya lah banyak membantu saya.Walaupun saya pasti mereka juga melalui banyak dugaan.tetapi kerana keikhlasan mereka membantu saya.Saya tidak akan melupakan jasa mereka.

Pada tahun ini umur saya sudah meningkat ke remajaan.Saya tak akan sia-siakan hidup saya dengan perkara yang tidak berfaedah.Yang penting saya akan kawal nafsu dan niat ke jalan yang betul.Saya takkan bercintan cintun sehingga jodoh saya hadir untuk ikhlas memiliki saya.Jodoh kita Allah yang menentukan.

Ini sahaja lah untuk kali ini,saya kekurangan idea untuk bercerita.Maaf ya semua.SEKIAN...semoga kita berjumpa lagi ! Assalamualaikum. :)

Friday, July 13

Saleem : Takku Sangka Takku Duga (official)


lagu nie best sangat...menusuk kalbu kalau dengar.
teringat pula mase bersama dengan si DIA.
nak kata rindu,siapa tak rindu kekasih yang meninggalkan kita macam itu sahaja.
sudah lah,usah di ingatkan masa lepas.
jadikan hari ESOK lebih baik dari hari INI.

Tuesday, July 10

best sangat ke?

Dulu sering sangat orang kata usah menangis kerana bercinta.Tapi kalau menangis kerana di tinggal kan suami itu memang perit sekali.Siapa sanggup suami meninggalkan kita seorang tanpa disisi nya pun kita tidak sanggup.Tapi kalau kekasih tinggalkan kita dengan mentah-mentah mesti kita sedih.Dengan macam-macam cara kita pujuk kekasih kita supaya jangan tinggalkan kita.

Tetapi kenapa yang tak serius dalam percintaan.kita semua mesti nak sangat percintaan yang kekal lama.Bila masa bercinta bukan main berkata-kata yang manis sahaja.Mahu sehidup semati,setia,berjanji tak akan tinggalkan kita lah.Bila dengar manis sangat sampai dilamun cinta.Makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena,semua kerja jadi tak tentu arah.

Bila tengah bercinta tak ingat tentang batas pergaulan,berdua-duaan,berkepit macam berlangkas 24 jam,berpegang tangan.Rasa mahu jumpa hari-hari,tak mahu tinggal walaupun seminit.Bila belajar pun mahu bersama-sama sampai pelajaran masuk tidak masuk aje.

Tapi bila sudah putus cinta lain pula jadi nya.macam-macam kata-kata dahulu langsung tak peduli kata mahu sehidup semati.tapi lain jadinya akhrinya putus juga.Masa tengah bercinta dahulu dengar lagu jiwang sedih,tak FEEL langsung tapi sudah putus cinta dengar aje lagu sedih FEELLING habiss..menangis lah,sampai nak bunuh diri pun ada.

Kenapa lah selalu sangat ada perkara macam nie.tak payah lah menangis sampai nak bunuh diri,kita teruskan aje hidup kita macam biasa.tetapi bila dah putus masih lagi bercinta.macam tak serik-serik bila kena tinggal oleh kekasih.

Saya pun pernah bercinta di zaman persekolahan dan baru aje putus cinta,tetapi saya rasa bosan bercinta di zaman persekolahan nie.saya berazam mahu belajar dulu nanti besar dapat cari kerja yang best-best.baru lah saya akan memilih calon untuk teman bila sudah berkerja.

anggap lah ni nasihat dari saya dan bukan nak perli atau mengutuk tapi saya pun pernah laluinya.bercinta di sekolah bukan kekal pun.kita tidak tahu jodoh kita dengan si dia itu kekal.semuanya ketetuan Allah S.W.T.

Saturday, March 10

Tanda Anda Jatuh Cinta ♥



1 : Kisah jenakanya sering membuat anda tertawa
Biarpun anda sudah mendengar jenaka yang disampaikan si dia
untuk kali ke-1000 sekalipun anda masih ketawa.
Hilai tawa juga membantu anda dan pasangan mengelak tekanan
dan menjadikan hubungan semakin mesra..ahakss..



2 : Anda rela mengubah kebiasaan yang sulit ditinggalkan

Anda mungkin sering melihat orang yang tiba-tiba berhenti merokok
sejurus berkahwin dan itu mungkin berdasarkan
permintaan pasangannya.Menurut penelitian,perhubungan atau
ikatan perkahwinan terjalin antara 2 pihak sebenarnya
mampu mengubah tabiat buruk atau kekurangan seseorang itu.
Sokongan yang diberi pasangan juga menguatkan lagi semangat..

3 : Bersama dia hidup anda lebih seimbang.

Jika dulu anda lebih suka menghabiskan masa di pejabat/library/rumah,
tapi selepas bersamanya anda mula melakukan pelbagai aktiviti
luar seperti bersenam,beriadah ataupun berdating..ahakss
Anda jadi lebih seronok untuk melakukan pelbagai aktiviti 
terutama jika dia turut serta sama.




4 : Anda dan dia saling melengkapi ucapan
Setiap bicara yang diungkap pasti disambut dengan kata-kata
yang sedang bermain di kotak pemikiran anda.
Kajian psikologi menunjukkan pasangan yang serasi lazimnya memiliki
banyak persamaan dan tanpa menyedarinya kadang kala
cara percakapan dan pemikiran mereka sebenarnya sama.....

Adakah anda telah jatuh cinta..??

Erti Putus Cinta

Siapa sahaja yang pernah merasakan semuanya tahulah betapa peritnya yang menyakitkan sukar untuk dilupakan. Bak kata pepatah “sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak dibalas”, namun yang menjadi persoalan kenapa kita membenci seseorang itu tapi merindukannya pada masa yang sama? Bagaikan dunia ini kita hanya keseorangan begitu sempitnya kita kena melaluinya.

Orang yang paling boleh menyakitkan kita hanyalah si dia yang kita cintai. Ramai beranggapan mudah untuk mencari pengganti baru di hati kita namun itu semua perkara yang paling susah untuk kita lakukan kerana cinta tidak semudah untuk dicari dan ia wujud dengan sendiri. Sesetengah orang hilang kewarasan dalam berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada di antara kita mengambil jalan mudah untuk melupakan semua itu dengan sanggup membunuh diri. Seperti kata orang “dunia akan terkejut apabila seseorang itu membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak terkejut akan kematian seseorang itu kerana membunuh diri akibat putus cinta”. Oleh itu, ramai orang membunuh diri akibat cinta tidak kesampaian.

Inilah akibat cinta nafsu. Selain itu, kesan ini juga kerana ada pasangan kekasih yang sanggup mengorbankan mahkota kehormatan demi insan yang menjanjikan sehidup semati dengan mereka. Namun mereka ditinggalkan dengan kejam tanpa ada yang bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka. Ketahuilah bahawa seseorang yang pernah gagal dalam percintaan,berkemungkinan dia akan melihat kebahagiaan di laksana pelangi.  Tidak pernah di mindanya memikirkan tentang dirinya tetapi di mindanya sentiasa ada si dia.
Putus cinta adalah bukti tiada bukti cinta sejati kecuali cinta yang diasakan oleh cinta Allah. Mungkin perpisahan ini terjadi berpunca pihak disana atau pihak disini? Mungkin tidak mendapat restu orang tua? Mungkin kehadiran orang ketiga? Pelbagai alasan diberikan. Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah permulaan yang baik dalam hidup kita menangani dengan positif. Janganlah merasakan diri begitu malang kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Tetapi percayalah kita tetap ada Allah yang tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun. Anggap sahaja semua ini satu pengajaran dalam hidup kita untuk kita teruskan perjalanan hidup. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan

 putus-cinta